Pengundi perlu pilih BN
| |
| NAJIB Tun Razak bersalaman dengan penduduk di Sungai Merah sempena lawatan kerja beliau selama sehari di Sibu, Sarawak, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN |
SIBU 2 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberikan mesej yang mudah tetapi amat penting kepada penduduk Sibu iaitu undilah Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, 16 Mei ini.
Beliau berkata, BN selaku parti pemerintah telah terbukti membawa banyak pembangunan dan sewajarnya menjadi pilihan dan harapan rakyat pada masa depan.
''Ingat ayat ini, jika anda berharap untuk masa depan, hanya BN akan memberi harapan untuk masa depan yang lebih baik kepada anda semua," katanya semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di bandar Sungai Merah di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment