|
Phang, didakwa sebagai pengurus besar yang diamanahkan bagi dana dalam sebuah akaun di RHB Bank Berhad, melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, antara 1 Okt 2004 dan 5 Sept 2005.
Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Phang diwakili peguam Francis Ng Aik Guan manakala pihak pendakwaan diwakili Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara Dzulkifli Ahmad dan Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup.
Skandal PKFZ: Tiga dibicara mulai 30 September
SHAH ALAM 7 Mei - Perbicaraan kes tiga individu yang didakwa atas tuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan ratusan juta ringgit dalam projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan didengar di Mahkamah Sesyen Klang yang bersidang di sini mulai 30 September ini.
Hakim Asmadi Hussain menetapkan perbicaraan itu terhadap Law Jenn Dong, Stephen Abok dan Bernard Tan Seng Swee selama 13 hari termasuk tarikh-tarikh lain pada Oktober, November dan Disember ini.
Pada prosiding hari ini, peguam yang baru dilantik mewakili Stephen, Hisyam Teh Poh Teik memohon tarikh sebutan bagi membolehkan pihaknya mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan daripada pihak pendakwaan.
Asmadi menetapkan 15 Julai ini untuk sebutan bagi kes Stephen yang sebelum ini diwakili peguam Edmund Bon.
Stephen, 51, Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) iaitu syarikat kontraktor pembinaan PKFZ dan Seng Swee, 48, dari syarikat perunding BTA Architect didakwa atas dua tuduhan menipu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membabitkan tuntutan sebanyak RM5.42 juta.
Sementara Seng Swee bersama-sama Jenn Dong yang merupakan bekas Pengurus KDSB pula didakwa atas 24 pertuduhan menipu LPK membabitkan tuntutan sebanyak RM116.85 juta dengan menyatakan bahawa dua projek besar telah dilaksanakan sedangkan ia tidak dilakukan.
Sebanyak 15 pertuduhan melibatkan tuntutan terhadap kerja-kerja infrastruktur elektrik sistem 33kV manakala sembilan pertuduhan lagi membabitkan sistem 33kV ke Precint 2 dan Precint 8 di PKFZ, Pulau Indah di sini.
Bagi setiap pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad dan Timbalan Pendakwa Raya, Hashley Tajudin.
No comments:
Post a Comment