| Disco Rimba Merebak di Beberapa Dearah Di Kelantan? |
Oleh Mohd Sayuti Omar
HIBURAN merupakan fitrah dalam kehidupan. Sesiapa pun mahukan hiburan dan memerlukan hiburan. Hiburan adalah maka
nan batin. Islam sendiri tidak menghalang hiburan. Tetapi hiburan itu mestilah menempati syariah dan membawa maksud dakwah kepada manusia. Hiburan yang boleh memberi kesegaran jasmani dan rohani.Kalau hiburan kering dengan unsur-unsur dan peranan demikian ia merupakan hiburan yang batil dan akan membawa kemudaratan.
Bukan itu saja, persembahan permainan tradisional Mak Yong, Dikit Barat dan Wang Kulit juga tidak dibenarkan pada awalnya. Larangan ini menimbulkan polemik dan kritikan oleh budayawan dan peminatnya.
Tetapi kelonggaran akhirnya diberi, persembahan permainan tradisional itu dibenarkan selagi ianya tidak mempunyai unsur-unsur kurafat dan maksiat.Misalnya larangan persembahan wayang kulit yang mempunyai jampi dan mentara bersifat pemujaan roh dan benda, demi menjaga kejernihan iman dan jiwa rakyat Kelantan.
Dikir Barat yang tidak mencampurkan lelaki dan perempuan dihalalkan. Bagaimana pun penyanyi dikir barat dari kalangan perempuan diharamkan. Tetapi anihnya CD atau VCD nyanyian dikir barat oleh perempuan bebas dan berlambak di jual di pasar-pasar dalam negeri Kelantan.
Exco Kelantan juga tidak malu-malu untuk duduk semeja dengan artis popular menjadi pujaan sejuta jantan untuk minum pagi atau menyampaikan cederamata kepadanya.
Contohnya limpahan dalam konsert Jom Heboh anjuran TV3 baru-baru ini. Tetapi itu bukan kehendak kerajaan negeri tetapi berlaku tanpa diminta. Jadi kerajaan negeri tidaklah berdosa dalam hal ini. Syukran!
Tetapi apakah pihak kerajaan negeri tahu mengenai satu wabak baru yang sedang menunas di Kelantan ketika ini. Wabak yang dimaksudkan itu ialah Disco Rimba sedang berkembang dan membiak tanpa ada kawalan.
Buat masa ini ia aktif di tiga buah daerah di negeri itu; Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat. Katanya kawasan yang menjadi tumpuan ialah di Dun Bukit Tuku, Gual Periok dalam parlimen Rantau Panjang, dan Dun Chetok dalam parlimen Tanah Merah.
Disco rimba ialah majlis tari menari ala dico dan ronggeng atau joget lambak. Ia diadakan di kawasan-kawasan terpencil dan sunyi di kawasan disebutkan tadi ataupun di laman rumah yang jauh dengan orang ramai. Kegiatan ini digerakkan oleh sebuah kumpalan yang namanya seolah-olah mencerminkan sebuah badan kesenian tradisi Kelantan.
Beberapa keping gambar yang dipaparkan ini menjelaskan akan keliaran dan kejahlian serta penglibatan kanak-kanak dalam majalis berkenaan.
Tidak dapat dipastikan apakah kegiatan disco rimba ini ada dalam pengetahuan wakil rakyat atau pun tidak.
Sekiranya ia diketahui wakil rakyat dan mereka mendiamkan saja, betapa keji dan menyesalkan. Sekiranya mereka belum mengetahuinya dengan pendedahan ini bolehlah wakil rakyat, penghulu, penyelia mukim, ataupun mana-mana pihak membuat intipan untuk membenteras kegiatan ini.
Kerajaan Kelantan juga jangan berlengah-lengah lagi untuk mengambil tindakan bagi membenteras kegiatan ini. Dengan membiarkannya lebih lama, membolehkan ia berkembangbiak ke daerah -daerah lain pula dan akan timbul persepsi orang ramai yang kegiatan berkenaan dibenarkan kerajaan negeri.
Sekiranya majlis agama, polis ataupun Ngo-Ngo anti maksiat takut untuk mencegahnya saya cadangkan supaya pihak Istana Kelantan sendiri menggambil tindakan mengenai kegiatan ini.

No comments:
Post a Comment