Thursday, May 6, 2010

UMNO SANGGUP MENIPU DEMI MENGAJAK RAKYAT HADHIRI CERAMAHNYA!

Ng Wei Aik Apr 7, 10 10:21am malaysia kini

Umno cuba mengumpan rakyat jelata untuk menghadiri ceramah anjurannya dengan menggunakan banner-banner yang memaparkan foto, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Taktik-taktik kotor ini menggambarkan Umno sanggup mengelirukan rakyat demi mencapai matlamatnya, supaya memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di kalangan penyokong-penyokong mereka.

Ceramah ini bertujuan untuk menaburkan fitnah walaupun temanya adalah “Ini Kisah Sebenar!”


Penceramah-penceramah yang diundang ke ceramah tersebut termasuklah Datuk Seri Zahrain Hashim, ahli parlimen yang telah dibebaskan daripada Bayan Baru dan Ezam Mohd. Noor yang telah keluar parti PKR sebelum ini.



'Yob' Tualang Sekah
Pssst Jeff...yang kiri tu Osmang, yang kanan tu Jamaludding.
April 24 at 12:39am · Report


Zaidi Azraf Zainal Azmi
komer dapat apa tanya dek jamaludiin?????....dapat la penggei selipar jepun kat muker2 miker nanti.....ahhahahhahahahahaha!!!...eeerrrr...Osman Jailu...jum balik Changkat Jering??????.....hahahhahahah!!!!
April 24 at 12:42am · Report
'Yob' Tualang Sekah
wakakakaka...takot kener baling ngan buah jering!
April 24 at 12:43am · 
Zaidi Azraf Zainal Azmi
Yop - mukekekekkekekek!!!!....tu la pasei....aku dan orang2 kampung siChangkat Jering amat merinduimu duhai che Osman.....har har har!!!!!
April 24 at 12:43am
Haziq Pejuang Reformasi
bagusssssss!
bleh la aku mkn rasuah byk2 lg! wakkakakkaka
gagasan 1Malaysia halalkan rasuah! wakkakakakkaka
April 24 at 12:46am · 
Zaidi Azraf Zainal Azmi
kerajaan Perak semakin KUKUH dan SETABIL....ahahhaha...saya mesti pilih!!!!!...kah kah kah!!!!
April 24 at 12:48am
'Yob' Tualang Sekah
Osman Jendalu....warghkahkahkah!
April 24 at 12:49am ·
Hj Mohamad Mohamad Yusof
kera ja'an yg mana?yg mugabe ker...........??
April 24 at 12:51am
Zaidi Azraf Zainal Azmi
Hj Mohamad - of kos la kerajaan mugabe al kudeta tu....har har har!!!!
April 24 at 12:52am
Jeffrey Sipawon
tuihh!!! kat muka osmang!! bagi selipar jepung baru tau.
April 24 at 12:53am
'Yob' Tualang Sekah
kite dapat kalendar kuda je :)
April 24 at 12:53am
Hj Mohamad Mohamad Yusof
yob, pokok dedalu kener badan gater......jgn harus dekat.....
April 24 at 12:54am · 
'Yob' Tualang Sekah
heheheh...memang gatey!
April 24 at 12:56am
Hj Mohamad Mohamad Yusof
yob,khabor kat jamaludin tu balik ke Behrang surat banyak tak antor lagi...........sedor ler diri tu sikit........kite tunggu dia PRU 13.........
April 24 at 1:07am
April 24 at 4:34am
Ahmad Khoatib
kitorng cmua dapat sakit ati! wa ngok lu KeciK BesaR je...kah3
April 25 at 4:16pm · Report

kembali kisah UMno sanggup menipu daa ..


Apakah kisah sebenar yang dapat diceritakan oleh mereka selain cerita-cerita khayalan ciptaan Umno sendiri.


Dapsy dan Pemuda Pakatan Rakyat menuntut supaya Umno memberhentikan taktik-taktik sedemikian yang bertujuan untuk mengelirukan rakyat sahaja.


Taktik-taktik yang kotor sedemikian patut dikutuk dan dikecam oleh rakyat yang berpegang teguh terhadap prinsip-prinsip demokrasi.


Jikalau Umno tidak yakin dengan daya tarikan sendiri sehingga sanggup memperalatkan foto-foto pemimpin Pakatan Rakyat demi menarik minat rakyat jelata ke ceramah anjurannya, ini menunjukkan bahawa Umno telah ketandusan modal politiknya dan sokongan rakyat terhadapnya semakin menurun.


Dapsy dan Pemuda Pakatan Rakyat menggesa rakyat jelata supaya tidak dipancing untuk menghadiri ceramah anjuran UMNO yang hanya bertujuan untuk menaburkan fitnah sahaja.


Kisah-kisah sebenar tidak akan dan tidak dapat diceritakan oleh pemimpin-pemimpin yang boleh dibeli dan disokong oleh UMNO.

Penulis adalah setiausaha pemuda sosialis DAP (Dapsy) Pulau Pinang dan juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang

Zambry janji peruntukkan RM50,000 kepada setiap bahagian MCA di Perak.

Dana Perak didakwa dijanjikan untuk MCA
Humayun Kabir
Mei 6, 10 7:29pm

PAS Perak hari ini memfailkan laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan sebuah akhbar bahawa Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang menjanjikkan bayaran RM1.2 million kepada MCA.

Akhbar tabloid Sinar Harian pada 4 Mei lalu melaporkan Zambry sebagai berjanji akan memberi peruntukkan RM50,000 kepada setiap bahagian MCA di Perak.

Ahli dewan undangan negeri, Titi Seorang, Khalil Idham Lim Abdullah menyerahkan laporan maklumat rasuah dan keratan akhbar berhubung artikel bertkenaan kepada SPRM pada jam dua petang untuk tindakan lanjut.

Menurut Khalil, beliau hanya menyampaikan maklumat kepada SPRM dan bukannya membuat laporan rasmi.

Katanya, Zambry tidak seharusnya menggunakan dana awam untuk didermakan kepada parti-parti politik yang pada prinsipnya adalah salah.

"Saya menyoal berhubung derma ini - dari mana wang itu datang dan bila bajet itu diluluskan?” katanya.

"Adakah ia diluluskan oleh `Bajet Mee Segara' yang diluluskan dalam masa 20 minit tahun lalu?” soalnya secara sinis.


Khalil diiringi oleh Adun PAS Lubok Merbau, Mohd Zainudin Mohd Yusof, Adun DAP Jalong, Leong Mee Meng dan penolong setiausaha PAS Perak, Safarizat Salleh.

Monday, May 3, 2010

SELAGI UMNO / BN BERKUASA

Lepas satu-satu maruah, kedaulatan dan hak milik negara tergadai dan terlepas sepanjang Umno-BN diberi kuasa mentadbir negara.

Belum hilang kejutan kerjasama yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia dengan APCO Worldwide syarikat milik yahudi membabitkan wang rakyat sebanyak RM 77 juta (RM77,000,000.00) sekali lagi kita digemparkan dengan kehilangan dua telaga minyak yang dianggarkan mempunyai simpanan minyak bernilai ratusan bilion ringgit di perairan tuntutan bersama Malaysia-Brunei.


Berapa banyak lagi maruah,wilayah, kedaulatan dan tanah milik negara ini bakal terjual dan tergadai? Tidak cukupkah dengan beribu ekar tanah negara ini yang kini menjadi milik rakyat Singapura? Begitu juga dengan penubuhan Wilayah Pembangunan Iskandar atas nama pembangunan negara yang menyebabkan maruah dan kedaulatan negara ini kini dalam bahaya.


Apakah kita juga sudah lupa bagaimana pulau Batu Putih yang cukup strategik dan bernilai telah hilang dalam peta negara? Semua ini gara-gara kecerdikan dan kepandaian pemimpin Umno-BN yang mendabik dada pandai memerintah dan membangunkan negara.


Kalau soal maruah kita tidak perlu berselindung lagi. Kadar jenayah rasuah negara ini antara yang tertinggi di rantau Asia. Isu liwat meliwat yang dikaitkan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim. Bertambah memalukan lagi ialah isu-isu yang menjadi buah mulut dan diperkatakan serta ditertawakan oleh masyarakat seantero dunia. Antaranya lagi, isu pembelian kapal selam yang tidak boleh menyelam dan kini menyelam semula, kehilangan enjin jet pesawat pejuang, pembunuhan Altantuya, pusat transit dadah dan terbaru kematian menyayat hati adik Aminurashid ditembak polis.


Pada zaman siapa semua ini berlaku? Sudah pasti ia berlaku sepanjang Umno-BN memerintah negara. Selagi Umno-BN dibiarkan terus berkuasa kita atau generasi akan datang dapat menyaksikan lebih banyak isu berkaitan maruah dan kedaulatan akan terlucut dari genggaman negara ini. Sekiranya kita ingin melihat generasi akan datang terpaksa merempat dan mengemis di negara sendiri maka undilah Umno- BN lagi dulu kini dan selamanya menjadi juara menipu rakyat.



Jika benar, orang Selangor patut berarak ke rumah Pengerusi YBK
Posted on Tuesday, April 06 @ 10:07:44 MYT by ismet_ulamraja


Minda Bakaq Dalam berita TV Selangor semalam bertajuk "Kemelut YBK: MB marah orang Melayu tipu Melayu" Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan:

YBK bagi tanah dapat RM15 seekar. Selepas itu tak jaga, bila saya periksa tanah yang kerajaan negeri dulu bagi, diurusniagakan.

Tak tahu dapat untung atau tidak. Rupa-rupanya sudah dicagar kepada bank melebihi RM100 juta.


Mereka di belakang Yayasan Basmi Kemiskinan ni puak mana? PAS? PKR? DAP? Umno?

Jika benar berita di atas, penduduk Selangor yang prihatian patut berarak beramai-ramai ke rumah Pengerusi YBK dan Menteri Besar Selangor yang bagi itu habuan kepada YBK menuntut penjelasan.


PKFZ: Perbicaraan bekas GM LPK - 25 Ogos


Mei 3, 2010 2:40pm
Mahkamah Sesyen Klang hari ini menetapkan 25 Ogos depan sebagai tarikh perbicaraan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka OC Phang (bawah) yang menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan RM254.85 juta dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Asmadi Hussain menetapkan 16 hari antara 25 Ogos dan 19 Nov sebagai tarikh perbicaraan.

Phang, didakwa sebagai pengurus besar yang diamanahkan bagi dana dalam sebuah akaun di RHB Bank Berhad, melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, antara 1 Okt 2004 dan 5 Sept 2005.

Dia menghadapi dua lagi tuduhan yang sama masing-masing membabitkan jumlah RM21,600,000 dan RM134,550,000, yang dilakukan di tempat yang sama antara 30 Sept 2005 dan 9 Mei 2006 dan antara 1 Jun 2005 dan 13 Jan 2006.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Phang diwakili peguam Francis Ng Aik Guan manakala pihak pendakwaan diwakili Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara Dzulkifli Ahmad dan Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup.

Skandal PKFZ: Tiga dibicara mulai 30 September


SHAH ALAM 7 Mei - Perbicaraan kes tiga individu yang didakwa atas tuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan ratusan juta ringgit dalam projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan didengar di Mahkamah Sesyen Klang yang bersidang di sini mulai 30 September ini.

Hakim Asmadi Hussain menetapkan perbicaraan itu terhadap Law Jenn Dong, Stephen Abok dan Bernard Tan Seng Swee selama 13 hari termasuk tarikh-tarikh lain pada Oktober, November dan Disember ini.

Pada prosiding hari ini, peguam yang baru dilantik mewakili Stephen, Hisyam Teh Poh Teik memohon tarikh sebutan bagi membolehkan pihaknya mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan daripada pihak pendakwaan.

Asmadi menetapkan 15 Julai ini untuk sebutan bagi kes Stephen yang sebelum ini diwakili peguam Edmund Bon.

Stephen, 51, Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) iaitu syarikat kontraktor pembinaan PKFZ dan Seng Swee, 48, dari syarikat perunding BTA Architect didakwa atas dua tuduhan menipu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membabitkan tuntutan sebanyak RM5.42 juta.

Sementara Seng Swee bersama-sama Jenn Dong yang merupakan bekas Pengurus KDSB pula didakwa atas 24 pertuduhan menipu LPK membabitkan tuntutan sebanyak RM116.85 juta dengan menyatakan bahawa dua projek besar telah dilaksanakan sedangkan ia tidak dilakukan.

Sebanyak 15 pertuduhan melibatkan tuntutan terhadap kerja-kerja infrastruktur elektrik sistem 33kV manakala sembilan pertuduhan lagi membabitkan sistem 33kV ke Precint 2 dan Precint 8 di PKFZ, Pulau Indah di sini.

Bagi setiap pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad dan Timbalan Pendakwa Raya, Hashley Tajudin.


ISU KAPAL SELAM

Kes kapal selam: Peguam Perancis tak takut ugutan
Susan Loone
Mei 3, 10
6:34pm
Peguam Perancis, Joseph Breham percaya akan wujudnya "tekanan dan ugutan" sepanjang usahanya menyiasat pembelian dua kapal selam buatan negaranya kepada Malaysia. Namun menurut Breham, beliau tidak gusar kerana tumpuan antarabangsa kepada kes berkenaan semacam memberikan perlindungan untuk beliau.

"Sebagai contoh, sekiranya berlaku sesuatu kepada saya di Malaysia, ia akan menarik perhatian media antarabangsa, tekanan politik dan sebagainya, ini akan menjadikan lebih produktif.

"Saya bukan penterjemah Mongolia. Sekiranya terdapat masalah, semua media berbahasa Perancis akan memaparkan tajuk seperti 'Peguam Perancis yang menyiasat dakwaan rasuah hilang di Malaysia'. Tiada siapa yang boleh terima perkara ini," kata Breham dalam satu wawancara baru-baru ini.

Breham dan dua lagi rakannya yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) - sebuah NGO hak asasi manusia - memfailkan aduan di sebuah mahkamah di Paris berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene daripada firma pertahanan Perancis DCN.

Walaupun tujuan siasatan itu untuk mengenal-pasti sama ada berlaku perkara yang disangsikan berhubung penjualan kapal selam itu, namun ia juga secara tidak langsung merancakkkan kembali perbincangan terhadap pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Berikut adalah sedutan wawancara Malaysiakini dengan Joseph Breham:

Sila jelaskan kepada kami mengenai latar belakang anda dan bagaimana anda boleh terlibat dengan kegiatan hak asasi?

Joseph Breham: Saya peguam dari Perancis yang mempunyai kepakaran dalam undang-undang jenayah antarabangsa dan hak asasi manusia. Saya juga merupakan pensyarah universiti dalam bidang undang-undang jenayah antarabangsa di Toulouse.

Saya mengajar tiga minggu setahun. Saya juga pakar dalam bidang kegiatan keganasan dan mengendalikan banyak kes yang berkaitan dengannya. Hakikatnya saya berkerja dengan kerajaan dalam bidang pencegahan penganas, melatih hakim dan pendakwa tentang terorisme termasuk menghormati hak asasi. Begitulah bagaimana saya boleh terlibat dengan kerja hak asasi manusia.

Saya amat tertarik dengan hak asasi manusia sejak saya dilahirkan pada 1978, dan sejak itu saya berusaha untuk memahaminya. Sebagai contoh (selepas) kejatuhan Tembuk Berlin, dunia menjadi semakin bercelaru dan timbul perkara baru yang tidak keruan, yang mana (ia adalah) keganasan dan keuntungan globalisasi.


Pekembangan baru ini menyebabkan banyak syarikat multi-nasional tidak menghormati apa sahaja bentuk peraturan. Mereka mempunyai kuasa bagi memaksa kerajaan mengikut telunjuk mereka. Mereka menjadi lebih korup dan kerajaan tidak boleh memaksa mereka (mematuhi) segala kewajipan. Itulah yang menyebabkan saya menceburi dalam kerja-kerja hak asasi.

Jelaskan kepada kami, pengalaman anda dalam mengedalikan kes berkaitan korupsi.

Joseph Breham: Kebanyakkan kes yang saya kendalikan lebih tertumpu kepada negara di benua Afrika. Setiap kes hak asasi yang berkait dengan syarikat multi-nasional juga dikaitkan dengan rasuah. Kami, di Sherpa (organisasi yang diwakilinya) pada mulanya tidak mengendalikan kes rasuah.

Tetapi sekiranya kami mahu lebih efisyen, kami perlu mendepani isu ini. 'Sherpa' bermaksud 'menolong rakyat di Selatan untuk menuntut keadilan'.





SEBELUMNYA

Peguam Perancis di KL siasat Scorpene
John Berthelsen
Apr 28, 10
12:00pm
Joseph Breham, seorang daripada anggota perundangan Perancis yang memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia dijangka mendarat di Kuala Lumpur hari ini.

Misi Breham (kanan) adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.

Perjanjian pembelian kapal selam yang menelan belanja berbilion dolar itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak yang kini adalah perdana menteri Malaysia.

Perjanjian itu dikatakan memberi komisyen RM3.7 billion kepada seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda.

Nilai pembelian itu adalah untuk memperolehi dua kapal selam kelas diesel - yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai Direction des Constructions Navales) dan pemajakan kapal selam ketiga yang sudah bersara yang diusahakan oleh sebuah syarikat usahasama antara DCN dan firma, Sepanyol, Agosta.

Breham, seora
ng daripada tiga peguam yang memfailkan kes berkenaan dengan pihak pendakwaan Perancis bagi pihak Suaram memberitahu Asia Sentinel bahawa mahkamah Perancis telah membuka siasatan awal dan akan menasihatkan anak guamnya berhubung langkah seterus mereka.

Breham, Renaud Semerdjian dan peguam utama, William Bourdon, memfailkan permohonan bagi menyiasat rasuah dan wang umpanan ke atas DCN pertama kali pada Disember dan memfailkan dokumen tambahan pada Februari lalu.


Kes berkenaan menjadi tajuk utama media di Malaysia berikutan pembunuhan ngeri seorang penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006 yang juga adalah kekasih Razak Baginda yang mengiringinya ke Perancis berhubung beberapa urusniaga pembelian kapal selam berkenaan.

Alta
ntuya yang juga seorang model dijumpai dalam keadaan berkecai diletupkan dengan bahan peledak milik pihak keselamatan di sebuah hutan di luar Kuala Lumpur.

Dua daripada polis pengawal peribadi Perdana Menteri yang diarahkan menghalang Altantuya oleh ketua staff Najib, Musa Safri telah didapati bersalah oleh makamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Namun, Najib, mahupun Musa belum disoal-siasat oleh pihak berkuasa berhubung kes berkenaan.

Walaupun rekod menunjukkan bahawa Najib berada di Perancis pada masa yang sama ketika Altantuya dan Razak Baginda, beliau berulang-kali telah bersumpah kepada Allah bahawa dia tidak mengenali model Mongolia itu.

Sebuah laporan yang difailkan oleh seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razak Baginda mendakwa Altantuya adalah kekasih pertama Najib.

Selepas Altantuya dibunuh, pihak berkuasa menjumpai sepucuk surat yang mengatakan bahawa wanita itu akan memeras ugut Razak Baginda untuk sejumlah US$500,000, walaupun tujuan wang itu tidak disebut.

Selain kos kapal selam dan juga komisyen yang tinggi, lebih menggemparkan kontrak asal menyebut kapal selam berkenaan tidak mempunyai kelengkapan senjata dan peralatan mengesan. Pihak ketenteraan Malaysia perlu membuat bayaran tambahan €130 juta (RM550 juta) untuk melengkapkan kapal selam itu.

"Adakah ini bermakna, kita membeli besi kosong?" soal seorang pegawai tentera yang tidak mahu dikenali, menerusi email kepada Asia Sentinel.

NOTA: Kerajaan membelanjakan RM4.5 bilion (RM4,500,000,000.00) untuk membeli dua kapal selam Scorpene itu.

UMNO DAN RASUAH

Umno perlu diberi peluang lagi untuk benar-benar berubah?

Posted on Monday, October 19 @ 06:33:22 PDT by Paktam

Oleh Ahmad Lutfi Othman

AMALAN rasuah dan Umno memang sudah sinonim, melekat kuat, dan sukar untuk dicerai-tanggal. Bagaimanapun ada pihak melihat bahawa rasuah - kegiatan jenayah yang paling sukar dibuktikan itu - jugalah yang menyebabkan Umno berkembang dan sehingga kini masih berkuasa walaupun digugat hebat dalam pilihan raya Mac 2008.



Melalui rasuah, aktiviti Umno dapat digerakkan secara lebih aktif, terutama untuk 'menggula-gulakan' rakyat, di samping memastikan jentera propaganda parti berjalan licin!


Rasuah yang dimaksudkan bukan sekadar politik wang atau membeli undi semasa pemilihan kepimpinan Umno, seperti yang dihebohkan pemimpin parti berkenaan. Ia meliputi gerak kerja lebih meluas, khususnya dalam setiap kali kempen pilihan raya, tidak kira pilihan raya kecil atau pilihan raya umum.

Hal ini jarang, atau lebih tepat, tidak pernah dibangkitkan pemimpin dan ahli Umno. Yang sering didebatkan hanyalah politik wang semasa memilih barisan kepimpinan parti.

Dana politik

Sedangkan amalan rasuah semasa pilihan raya, seperti ditunjukkan di Bagan Pinang dan mana-mana jua pilihana raya sebelum ini, adalah lebih serius, kotor dan memberikan kesan cukup buruk kepada negara.

Kos projek meningkat berkali ganda bagi menampung "dana politik", malah kualiti diabaikan untuk menjimatkan perbelanjaan. Natijahnya, banyak bangunan runtuh di sana-sini!

Melalui perhimpunan agungnya baru-baru ini, perlembagaan Umno dipinda bagi membolehkan lebih ramai perwakilan akar umbi dapat menentukan barisan kepimpinan parti, kononnya dengan itu meminimumkan amalan rasuah yang sudahpun membarah.

Umno-BN yang hampir tumbang dan hilang kuasa dalam pilihan raya ke-12 seolah-olah nampak serik dan bersedia mengambil tindakan drastik bagi memulihkan semula keyakinan rakyat terhadapnya.

Memang kepada Umno, kuasa adalah segala-galanya. Tanpa bergayut dengan kuasa, Umno sudah lama rebah. Dr Mahathir Mohamad sering mengingatkan apa gunanya menjadi pemimpin kepada parti yang tidak berkuasa lagi.

Jatuhnya Umno di Selangor, Perak dan Kedah (juga Pulau Pinang) pada 8 Mac 2008 cukup memeritkan. Apa juga usaha, termasuk taktik jahat, direncanakan bagi merampas semula negeri-negeri berkenaan dari Pakatan Rakyat. Bertubi-tubi dilancarkan serangan.

Akhirnya Perak dapat direbut semula, Kedah pula digoncang hebat dan Selangor tidak henti-henti digugat. Siapa percaya tiga Adun Pakatan di Perak dan seorang di Kedah mengkhianati perjuangan tanpa sebarang sogokan atau rasuah?

Aneh,parti yang cakap berdegar-degar mahu membanteras rasuah secara sedar dan proaktif membelit dan menyelimuti diri mereka dengan korupsi dan salahguna kuasa.

Ajar cukup-cukup

Umno sebenarnya belum "diajar cukup-cukup" sehingga lumpuh tempat pergantungan dengan sumberkuasa dan punca ekonomi. Pada pilihan raya 1999, Umno mendapat tamparan cukup dahsyat. Pengundi Melayu secara terbuka mempamerkan aksi protes, didahului siri demonstrasi disekitar Kuala Lumpur.

Namun, Umno masih berkuku di luar Kelantan dan Terengganu serta terus ghairah membolot khazanah kekayaan negara. Pelbagai langkah perubahan dilakukan.

Bagaimanapun, apabila menang besar pada 2004, belang Umno muncul kembali, malah ia menjadi lebih angkuh, sombong dan lupa diri.

Tsunami politik Mac 2008 memang memedihkan Umno-BN. Lima negeri hilang, antaranya negeri paling maju. Majoriti dua pertiga di Parlimen dinafikan. Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur awal. Perubahan menjadi istilah popular di zaman Najib. Akta-akta menekan dan mengongkong seperti ISA pun khabarnya mahu dipinda.

Umno berhasrat untuk dilihat dekat dengan nurani dan degup jantung rakyat. Semuanya - hanya dengan satu tujuan - untuk mengembalikan sokongan yang telah hilang.

Berdepan masyarakat bukan Melayu, Umno bagai tidak percaya lagi dengan MIC dan MCA, ia mahu berbicara langsung dengan mereka, tanpa melalui parti-parti komponen itu.

Di Bagan Pinang Umno mendapat suntikan semangat baru. Walaupun ia hanya mempertahankan kerusi tradisi - bukan merampas kubu lawan, seperti dilakukan PAS di Kuala Terengganu - namun sudah cukup untuknya berpesta.

Najib Razak sendiri akui kemenangan Isa Samad itu menceriakan suasana perhimpunan Umno dan memudahkan pindaan perlembagaan diluluskan. Mungkin bagi Najib, pengundi masih boleh dikelirukan dengan satu dua azimat palsu.


Perasuah disanjung

Ironinya, ketika Umno mahu memerangi rasuah, tiba-tiba sang perasuah pula disanjung sebagai hero. "Hipokrasi Umno untuk banteras rasuah terdedah. Segala yang dibuat hanya untuk mengelabui rakyat sedangkan perangai Umno tetap macam dulu," kata seorang pemerhati politik.

"Selagi Umno tidak ditumpaskan sepenuhnya, dan merempat sebagai pembangkang di seluruh negara,maka ia tidak akan berubah, percayalah. Usah disambung hayatnya sebagai parti pemerintah jika kita mahu melihat Umno benar-benar berubah!" tambahnya.

Tentunya kepada rakyat, jika Pakatan dan BN berlumba-lumba menjaga kepentingan dan kebajikan mereka, ia menguntungkan semua. Soalnya, untuk kali ke berapa peluang harus diberikan buat Umno-BN?

Ruang 2004-2008 dibazirkan begitu sahaja; tiada perubahan yang menguntungkan rakyat dilaksanakan selain penciptaan slogan demi slogan. Kini Umno merayu kembali agar ia tidak direntap dari puncak kuasa, dengan turut menjanjikan deretan perubahan.

Pengundi pastinya lebih matang menilai. Sambil mengharapkan Pakatan mengotakan janji dan menambah-baik sistem penyampaian di empat negeri, rakyat mahu melihat segala teguran yang disampaikan, misalnya melalui keputusan Bagan Pinang, dipandang berat.

Jangan mengulangi tabiat buruk Umno-BN yang sentiasa dalam keadaan "menafikan". Seperti BN, Pakatan juga dinilai dari dekat dengan kacamata kritikal. Bukankah selama ini yang membentuk dan menyemai sikap kritis rakyat adalah Pakatan sendiri? Pedang yang menusuk musuh, ia juga boleh menikam diri sendiri.


INIKAH PEMIMPIN KITA?

'Menang-menang'
Oleh Misiah Taib
misiah@bharian.com.my
2010/05/03

NAJIB menikmati minuman kopi bersama (dari kiri) Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; calon BN pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Robert Lau Hui Yew; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Pengerusi SUPP Bahagian Sibu yang juga Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh; Adun Pelawan, Vincent Goh; dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Douglas Unggah Embas ketika melawat Bazar Sungai Merah, di Sibu, semalam.
NAJIB menikmati minuman kopi bersama (dari kiri) Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; calon BN pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Robert Lau Hui Yew; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Pengerusi SUPP Bahagian Sibu yang juga Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh; Adun Pelawan, Vincent Goh; dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Douglas Unggah Embas ketika melawat Bazar Sungai Merah, di Sibu, semalam.


Persempadanan semula untungkan Malaysia, Brunei: Najib
SIBU : Datuk Seri Najib Razak menjelaskan persetujuan dengan Brunei mengenai persempadanan semula darat dan laut pada Mac 2009 adalah formula penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak.
Perdana Menteri juga berkata, rundingan masih belum selesai sepenuhnya, tetapi Malaysia dan Brunei berpegang kepada semangat untuk mencapai penyelesaian yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak atau 'menang-menang'.



Ini (perjanjian) membawa kepada penyelesaian persempadanan dengan Brunei. Ada banyak dimensi dalam persefahaman secara bertulis yang dicapai antara kedua-dua negara," katanya selepas majlis penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 30 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sarawak, di Kem Rascom, Briged Kesembilan Infantri di Jalan Ulu Oya, di sini semalam.


Perdana Menteri diminta mengulas isu lapangan minyak blok L dan M, berhampiran Limbang, Sarawak yang menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, diserahkan kepada Brunei tanpa pengetahuan Petronas. 


Dr Mahathir turut meminta penjelasan Wisma Putra berhubung status dua kawasan pengeluaran minyak bernilai RM320 bilion itu.




Najib berkata, walaupun menyedari perjanjian itu menyebabkan konsesi Blok L dan Blok M menjadi milik Brunei, Malaysia sedang berunding mengenai perkara itu, termasuk peluang dan peranan yang boleh diraih oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas).


Jumaat lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, ketika membuat penjelasan terhadap kenyataan Dr Mahathir, berkata perjanjian berhubung tuntutan dan pertindihan sempadan antara kedua-dua negara pada 16 Mac 2009 tidak merugikan Malaysia dari segi sumber pengeluaran minyak di kawasan itu.


Ini kerana walaupun kedaulatan untuk sumber di kawasan itu menjadi milik Brunei, perjanjian meliputi persetujuan komersial yang membolehkan Malaysia menyertai dan membangunkan bersama sumber minyak dan gas di kawasan terbabit untuk tempoh 40 tahun.


Mengulas lanjut, Najib berkata, perkara itu telah dirunding selama lebih 20 tahun dengan persetujuan secara prinsipnya dicapai pada tahun lalu.


"Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei selalu sebut bahawa baginda berkehendakkan penyelesaian berasaskan pada satu bentuk formula yang saling menguntungkan. Jadi, kita sedang rundingkan dalam semua aspek termasuk peranan dan peluang yang boleh diraih oleh Petronas," katanya


Bodohnya PM kita ni. Kampung Hilang pun dia masih cakap Persempadanan semula untungkan Malaysia




Perjanjian Brunei-Malaysia: Sapp gesa bubar DUN Sabah

KUALA LUMPUR, 3 Mei — Parti Progresif Sabah (Sapp) yang keluar Barisan Nasional (BN) akhir 2008, menggesa kerajaan Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membolehkan kerajaan negeri baru dipilih di sebalik isu pertikaian berhubung penyerahan dua blok minyak kepada Brunei.


Jika kerajaan negeri tidak mampu, tidak mahu atau takut untuk mengambil tanggungjawab ini, maka ia harus membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan untuk memilih kerajaan negeri yang baru bagi melindungi hak dan kepentingan Sabah,” kata Presiden Sapp Datuk Yong Teck Lee dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


Dalam kenyataannya, Yong menyoal sama ada Ketua Menteri Sabah dan Kabinet menyedari tentang penyerahan wilayah maritim oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri awal tahun lalu.


“Apa yang kerajaan negeri hendak lakukan berhubung kerugian wilayah dan potensi royalti minyak? Berdasarkan kadar lima peratus, royalti dianggarkan RM16 bilion,” katanya.


Selain itu Yong juga bertanya sama ada menteri-menteri Kabinet dari Sabah juga mengetahui perkara itu dan pendirian mereka dalam isu berkenaan.


Malah Yong berkata sama ada adanya unsur pengkhianatan oleh perdana menteri terdahulu dan anggota Kabinet beliau dalam menyerahkan wilayah negara tanpa kelulusan Parlimen, DUN dan Majlis Raja-raja Melayu.


“Mengapa begitu tergesa-gesa untuk menyerahkan wilayah itu hanya beberapa minggu pertukaran perdana menteri pada Mac 2009?” katanya.


Selain itu dalam kenyataannya Yong menyoal sama ada sempadan Blok L dan Blok M mengikut garisan geografi yang diselaraskan dalam peta nasional dan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.


Sehubungan itu kata beliau, Sapp mahu kerajaan mendedahkan kepada umum terma dan syarat menyerahkan Blok L dan M berdasarkan perjanjian Mac 2009.


Selain itu Sapp juga mahu kerajaan menerbitkan peta Sabah yang merangkumi wilayah maritim.


Sapp, kata beliau, mahu kerajaan negeri menuntut pampasan daripada kerajaan persekutuan atas kerugian wilayah maritim Sabah, hak perkapalan, perikanan dan sumber-sumber lain di kawasan berkenaan.


Dalam pada itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengeluarkan satu kertas putih bagi menjelaskan dengan terperinci isu ini dengan segera.


“Saya meminta Najib agar mengeluarkan kronologi penuh peristiwa-peristiwa yang membawa kepada penyerahan Blok L dan Blok M kepada Brunei dan kedudukan tuntutan Brunei ke atas Limbang, jika ada dan bila, Brunei menggugurkan tuntutan ke atas kedaulatan Limbang,” kata Lim yang juga anggota Dewan Rakyat.


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam blognya pada Khamis, mempersoalkan kenapa Blok L dan M tidak lagi menjadi milik Malaysia dan berkata keadaan itu menyebabkan Malaysia kerugian kira-kira AS$100 bilion (RM320 bilion).
Dr Mahathir mendakwa penggantinya, Abdullah, telah menyerahkan kedua-dua blok itu sebagai pertukaran kepada Limbang.

Abdullah menjelaskan perjanjian darat dan laut dengan Brunei diluluskan oleh Kabinet dan Malaysia akan dibenarkan mengambil bahagian dalam usaha sama pembangunan minyak dan gas atas dasar komersial di kedua-dua kawasan itu bagi tempoh 40 tahun.

Aduh duh duh bodohnya pemimpin-pemimpin negaraku!



Perdana Menteri Umno-BN Khianat Kepada Malaysia?

SHAH ALAM 4 Mei - Presiden Parti Progresif Sabah, Datuk Yong Teck Lee berkata penyerahan kawasan seluas 3 juta ekar yang mengandungi Blok L dan M oleh Kerajaan Pusat kepada Brunei pada Mac 2009 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana menurut beliau tindakan menyerahkan sebahagian daripada wilayah sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia memerlukan kelulusan Dewan Undangan Negeri dan Majlis Raja-Raja.

"Ini terkandung dalam Artikel 2 Perlembagaan Malaysia.

"Satu-satunya ketika kelulusan diperolehi di bawah Artikel 2 adalah pada 8 Mac 1984 apabila Enakmen Wilayah Persekutuan Labuan 1984 diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.

"Itu merupakan satu langkah besar yang diambil oleh kerajaan negeri ketika itu yang menyebabkan kejatuhannya tahun berikutnya.

"Wilayah Malaysia merangkumi semua wilayah negeri di dalam Malaysia. Hanya apabila Sabah (ketika itu Borneo Utara) bersama Sarawak, Singapura dan Malaya membentuk Malaysia pada 1963, barulah peta wilayah Malaysia diperbesarkan untuk memasukkan negeri-negeri Borneo dan wilayah yang diwarisinya," jelas Yong dalam kenyataan beliau semalam.

Beliau berkata ini termasuk wilayah Kepulauan Sipadan dan Ligitan dan lautan yang kini dikenali sebagai Blok L dan M di dalam pelan luar pesisir pantai Petronas.

Di dalam kes yang melibatkan pertikaian wilayah dengan Indonesia berkaitan hak milik Kepulauan Sipadan dan Ligitan pada tahun 1990-an, kes tersebut telah dirujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang keputusannya memihak kepada Malaysia.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan hak Malaysia ke atas Blok L dan M adalah berdasarkan kepada warisan sejarah dan penyerahan kedua blok tersebut menyebabkan Malaysia kerugian RM320 bilion dalam hasil minyak di dalam kawasan tersebut yang sebesar negeri Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Selangor yang digabungkan.

Yong berkata rakyat Sabah mendesak jawapan kepada persoalan berikut:
1. Adakah Ketua Menteri Sabah serta Kabinet Negeri mengetahui mengenai penyerahan wilayah maritimnya oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi?
2. Apakah tindakan kerajaan negeri bagi menampung kehilangan wilayah dan royalti minyak daripadanya? Berdasarkan kepada royalti kini sebanyak 5%, jumlah royalti terbabit adalah RM16 bilion.
3. Adakah Menteri Pusat dari Sabah tahu mengenainya? Apakah pendirian mereka?
4. Adakah satu pengkhianatan dilakukan oleh bekas Perdana Menteri serta anggota Kabinet kerana menyerahkan wilayah negara tanpa kelulusan daripada Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan Majlis Raja-Raja?
5. Mengapa penyerahan wilayah tersebut dibuat tergesa-gesa sejurus sebelum pertukaran Perdana Menteri pada Mac 2009?
6. Adakah sempadan Blok L dan M jelas ditanda sebagai garisan yang menyambungkan koordinat geografi di dalam peta yang telah disahkan di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah?
Tambah Yong yang juga mantan Ketua Menteri Sabah, SAPP mendesak kerajaan negeri Barisan Nasional mengambil langkah berikut:
1. Mendedahkan kepada rakyat syarat dan terma penyerahan Blok L dan M,
2. Menerbitkan peta Sabah yang mengandung wilayah maritimnya,
3. Menuntut ganti rugi daripada Kerajaan Pusat di atas kehilangan wilayah maritim Sabah, hak perkapalan, perikanan dan sumber lain daripada kawasan tersebut,
4. Menuntut ganti rugi daripada Kerajaan Pusat di atas kehilangan 5% royalti minyak sebanyak RM16 bilion (daripada RM320 bilion hasil minyak),
5. Memastikan sebarang perjanjian antarabangsa di masa depan yang ada kaitan dengan Sabah memerlukan kebenaran jelas dan rasmi dari kerajaan negeri. Kita tidak boleh benarkan Kerajaan Pusat menjual wilayah Sabah kepada negara asing.
"Sekiranya kerajaan negeri Sabah tidak mampu atau enggan bertanggungjawab terhadap perkara ini ia harus dengan segera membubarkan Dewan Undangan Negeri dan membenarkan pemilihan kerajaan negeri yang baru yang akan menjada dan melindungi hak dan kepentingan Sabah," kata Yong.

BN layak dipanggil pengkhianat negara! - Idris

Monday, 03 May 2010 6:16 PM Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Parti Islam SeMalaysia (PAS) menganggap tindakan kerajaan BN menyerahkan dua telaga minyak di medan minyak blok L dan M kepada negara Brunei secara percuma sebagai satu pengkhianatan yang nyata kepada rakyat dan kedaulatan perlembagaan negara negara ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, keputusan yang bersifat pengkhianatan terhadap negara seperti itu hanya boleh dibuat melalui keputusan kabinet tanpa melalui Parlimen dan tanpa perkenan Yang DiPertuan Agong (YDPA).

“Di sini rakyat boleh mempersoalkan sikap tidak hormat dan derhaka BN terhadap YDPA, kerana Najib Razak jelas membelakangkan kuasa yang dipertuan agong dan hak rakyat melalui wakil mereka di Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan kepada erapakatan.com di sini hari ini.

Menurutnya, walaupun mantan Perdana Menteri (PM), Abdullah Ahmad Badawi memulakan perjanjian itu pada 11 Februari 2009, namun Najib secara rasminya menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) selepas mengambil alih jawatan PM pada 16 Mac 2009.

"Ini bukan soal bagi kambing atau lembu kepada negara jiran. Ini soal bagi khazanah negara bernilai RM 320 bilion. Dalam keadaan dunia berebut pemilikan telaga minyak, Kerajaan BN senang-senang memberikannya kepada negara jiran, katanya.


Idris turut memberitahu bahwa ketika kerajaan dan rakyat di Kelantan (sejak PAS memerintah negeri itu pada tahun 1990) serta Terengganu (semasa PAS menawannya pada tahun 1999) menuntut royalti, macam-macam alasan yang diberikan oleh BN termasuklah menukarkan wang royalty kepada istilah wang ehsan.


Beliau menjelaskan, kerajaan BN menganggap rakyat Malaysia sebagai peminta sedekah dan sebaliknya pada masa yang sama sanggup memberikan apa sahaja kepada negara luar dengan sewenang-wenangnya tanpa kelusan parlimen dan persetujuan yang dipertuan agung.


“Kekecewaan rakyat terhadap insiden kegagalan Malaysia merampas kembali Pulau Batu Putih belum sembuh, kini Najib tandatangani pula surat penyerahan dua blok kawasan telaga minyak untuk negara lain.


Rakyat juga hairan kenapa tiba-tiba sahaja Kerajaan BN enggan membawa kes ini Mahkamah Antarabangsa. Seolah-olah Perdana Menteri telah diberikan 'ubat tidur' atau kena pukau dengan sesuatu yang rakyat tidak tahu,” tegas beliau.


Sehubungan itu katanya, Pas menyeru agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara ini yang disifatkannya ‘ada sesuatu yang tidak kena’ apabila perkara itu dilakukan secara senyap tanpa melalui Parlimen dan Yang DiPertuan Agong.

Sah NAJIB PAK KADUK MODEN, MENANG SORAK KAMPUNG TERJUAL.


Telaga Minyak Malaysia tergadai: Kesilapan Abdullah Penerusan Najib
Posted on Friday, April 30 @ 07:23:25 MYT by kerispusaka


Minda Husam Tun M dalam posting terbarunya mempersoalkan terlepasnya dua medan Minyak Blok L dan M milik Malaysia kepada Brunei.

Ia mungkin sebahagian dari persetujuan yang ditandatangani oleh Pak Lah dengan Sultan Brunei pada 16 Mac 2009 - Letters of Exchange (LoE) - 19 hari sebelum Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri.

Apa yang dipersetujui Pak Lah diteruskan oleh Najib. Surat Petronas untuk menamatkan perjanjian perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil Corp telah dikeluarkan pada 7 April baru lalu. Di Bawah CEO baru Petronas dalam era Najib. Lagipun, Najib masa itu adalah TPM.

Murphy Oil mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan penamatan perjanjian oleh Petronas itu dan seorang Menteri Brunei pula mengesahkan kedua-dua blok minyak yang dulunya menjadi milik Malaysia telah secara rasmi menjadi milik Brunei.

Acara penandatanganan itu ikut dihadhiri oleh kedua-dua Ketua Menteri Sarawak dan Sabah, serta Menteri Luar waktu itu, Rais Yatim dan Menteri Kabinet, Hishammuddin Tun Hussien - seperti laporan Bernama bertarikh 16 Mac 2009.

Rais dan Hishamuddin masih menjadi anggota Kabinet sekarang dan tentulah mereka boleh memberikan penjelasan atas pelepasan khazanah berharga kita semudah itu. Bahkan seluruh kabinet Najib harus bertanggungjawab dan memberikan penjelasan.

Tun M mengganggarkan paling kurang USD 100 B atau RM 320 B khazanah kekayaan negara kita terlepas kepada Brunei.

Bayangkan! Untuk membayar royalti yang sememangnya hak kerajaan Kelantan yang bernilai hanya beberapa billion sahaja itu,  mereka menggunakan berbagai alasan untuk menafikannya. Tetapi pada masa yang sama, mereka sanggup pula melepaskan khazanah yang beribu-ribu  kali lebih tinggi nilainya dengan begitu mudah.


Janganlah Tun M hanya nampak kelemahan Pak Lah tanpa berani bertanya Najib kenapa surat penamatan rasmi dikeluarkan oleh Petronas dan secara terang menyebut pemilikan Malaysia ke atas Blok L dan M tidak lagi menjadi milik Malaysia.

Isu sebesar ini hanya layak dijawab oleh PM.

Pilihanraya Sibu memberi peluang rakyat Sarawak memberikan pandangan awal mereka tentang sebahagian kekayaan negeri mereka juga telah tergadai.



Isu Serah Padang Minyak Wajib Bentang Di Parlimen

Oleh Sidiqin Omar
SERENDAH 6 Mei - Ahli Majlis Pimpunan Pusat KEADILAN, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan Malaysia menyerahkan dua blok padang minyak L dan M kepada Brunei ketika di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi secara sulit tanpa dibentang, dibahas dan diluluskan di Dewan Rakyat sebagai tidak bertanggungjawab dan membelakangkan Perlembagaan Persekutuan.


Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah kerajaan pimpinan Abdullah menjelaskan perjanjian yang dimeterai kerajaan dengan pihak lain berkaitan hak dan aset negara perlu dibentang, dibahas dan diluluskan di dalam Dewan Rakyat.



"Masalahnya apabila tak ada seorang pun manusia di Malaysia ini yang tahu soal Petronas selain Perdana Menteri. Kita cuma dapat berita melalui media selepas tindakan atau keputusan telah pun diambil. Jadi seharusnya perkara-perkara berkaitan Petronas ini patut dibentang dalam Parlimen supaya ianya diketahui oleh rakyat" jelas beliau kepada Suara Keadilan pada majlis kesyukuran pasca pilihan raya kecil Hulu Selangor di sini semalam.


Dalam pada itu Zaid juga menyelar tindakan kerajaan menyekat hak royalti minyak kepada Kelantan, sedangkan pada masa yang sama melepaskan dua blok padang minyak yang dipercayai memiliki simpanan minyak bermutu tinggi berjumlah 1 bilion tong.

Beliau mendedahkan Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang digubal sewaktu pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein membolehkan Perdana Menteri untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat kepada umum.Ia bertujuan bagi mengelakkan eksploitasi dan salahguna kuasa oleh ahli politik.

"Almarhum Tun Razak mengambil pengalaman dari skandal Pertamina di Indonesia sebagai pengajaran. Kita juga akur pada waktu itu agar maklumat Petronas dirahsiakan," kata Zaid.

Kematian mengejut Abdul Razak pada tahun 14 Januari 1976 menyebabkan akta tersebut tidak sempat dipinda dan seterusnya telah disalahgunakan oleh Perdana Menteri selepas beliau sehingga hari ini. 

Zaid memberikan contoh arahan menyelamatkan syarikat kroni oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika krisis ekonomi 1997 dengan menggunakan dana Petronas sebagai satu contoh tindakan penyalahgunaan kuasa.

"Kita tak boleh buat apa-apa, sebab kuasa ada pada tangan Perdana Menteri. Kalau hari ini Najib nak jual blok lain pun mungkin kita tak tahu," kata Zaid lagi.

Beliau berpendapat jalan penyelesaian kepada isu ini hanyalah melalui perundangan dan perundingan. Namun rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui kandungan perjalanan dan pengurusan aset negara khususnya syarikat berkepentingan awam seperti Petronas.



RASUAH PRK SIBU 2010

Pengundi perlu pilih BN


NAJIB Tun Razak bersalaman dengan penduduk di Sungai Merah sempena lawatan kerja beliau selama sehari di Sibu, Sarawak, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN


SIBU 2 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberikan mesej yang mudah tetapi amat penting kepada penduduk Sibu iaitu undilah Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, 16 Mei ini.

Beliau berkata, BN selaku parti pemerintah telah terbukti membawa banyak pembangunan dan sewajarnya menjadi pilihan dan harapan rakyat pada masa depan.

''Ingat ayat ini, jika anda berharap untuk masa depan, hanya BN akan memberi harapan untuk masa depan yang lebih baik kepada anda semua," katanya semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di bandar Sungai Merah di sini hari ini.


Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM35,000 masing-masing bagi setiap 10 surau dan RM40,000 masing-masing untuk lapan sekolah agama di kampung tersebut.


Sunday, May 2, 2010

Disco Rimba Merebak di Beberapa Dearah Di Kelantan?


Oleh Mohd Sayuti Omar

HIBURAN merupakan fitrah dalam kehidupan. Sesiapa pun mahukan hiburan dan memerlukan hiburan. Hiburan adalah makanan batin. Islam sendiri tidak menghalang hiburan. Tetapi hiburan itu mestilah menempati syariah dan membawa maksud dakwah kepada manusia. Hiburan yang boleh memberi kesegaran jasmani dan rohani.Kalau hiburan kering dengan unsur-unsur dan peranan demikian ia merupakan hiburan yang batil dan akan membawa kemudaratan.


Peringkat awal Pas memerintah Kelantan segala bentuk hiburan bertentangan dengan syariah, yang mendedahkan kepada maksiat diharamkan. Segala konsert terbuka tidak dibenarkan diadakan. Larangan ini menyebabkan timbul sunggutan secara senyap oleh penggemar hiburan hedolisme.


Bukan itu saja, persembahan permainan tradisional Mak Yong, Dikit Barat dan Wang Kulit juga tidak dibenarkan pada awalnya. Larangan ini menimbulkan polemik dan kritikan oleh budayawan dan peminatnya.


Tetapi kelonggaran akhirnya diberi, persembahan permainan tradisional itu dibenarkan selagi ianya tidak mempunyai unsur-unsur kurafat dan maksiat.Misalnya larangan persembahan wayang kulit yang mempunyai jampi dan mentara bersifat pemujaan roh dan benda, demi menjaga kejernihan iman dan jiwa rakyat Kelantan.


Dikir Barat yang tidak mencampurkan lelaki dan perempuan dihalalkan. Bagaimana pun penyanyi dikir barat dari kalangan perempuan diharamkan. Tetapi anihnya CD atau VCD nyanyian dikir barat oleh perempuan bebas dan berlambak di jual di pasar-pasar dalam negeri Kelantan.

Seperti dijelaskan tadi peringkat awal larangan ini menimbulkan masalah. Ketegasan dalam hal ini menimbulkan masalah kepada golongan yang mencari dan dahagakan hiburan. Ia menjadi masalah bila mana tidak ada hiburan alternatif yang disediakan. Perkara ini disedari oleh pihak berkuasa negeri Kelantan maka hiburan alternatif pun dibenarkanlah seperti persembahan nasyid kontemporari, atau persembahan dari penyanyi lelaki hatta penyanyi rock pun dibolehkan.

Atas kelonggaran dan sebagai menyediakan hiburan alternatiflah maka johan Akademi Fantasia, Asmawi Ani dibawa ke Kelantan. Kedatangan Mawi memecah kebisuan berhubung hiburan sejak Pas memerintah Kelantan.

Boleh dikatakan Mawi telah merintis jalan untuk memberikan laluan untuk hiburan alternatif di Kelantan. Selepas kedatangan Mawi – yang juga boleh dipertikaikan kejernihan bentuk hiburannya, ia diikuti oleh beberapa penyanyi jantan lain yang dikatakan sudah berubah dan insaf untuk mendekati Islam.

Serentak itu juga artis yang bertudung dan tidak menjolok mata datang ke Kelantan dan bertemu denghan Tok Guru Nik Aziz. Nik Aziz juga turut memberi sokongan dengan sedia menghadir ke majlis kelolaan mereka seperti merasmikan premis perniagaan artis berkenaan.


Exco Kelantan juga tidak malu-malu untuk duduk semeja dengan artis popular menjadi pujaan sejuta jantan untuk minum pagi atau menyampaikan cederamata kepadanya.

Semua hiburan itu masih terkawal dengan baik. Kerajaan Kelantan masih dapat menjaga dasar dan mempertahankan polisi hiburannya berteraskan kesedaran dan keinsafan insan.


Persembahan atau konsert masih berjalan dalam suasana tertib walaupun limpahan yang berlaku kadang-kadang menyebabkan masalah pencampuran lelaki dan perempuan tidak dapat di atasi.

Contohnya limpahan dalam konsert Jom Heboh anjuran TV3 baru-baru ini. Tetapi itu bukan kehendak kerajaan negeri tetapi berlaku tanpa diminta. Jadi kerajaan negeri tidaklah berdosa dalam hal ini. Syukran!


Tetapi apakah pihak kerajaan negeri tahu mengenai satu wabak baru yang sedang menunas di Kelantan ketika ini. Wabak yang dimaksudkan itu ialah Disco Rimba sedang berkembang dan membiak tanpa ada kawalan.


Buat masa ini ia aktif di tiga buah daerah di negeri itu; Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat. Katanya kawasan yang menjadi tumpuan ialah di Dun Bukit Tuku, Gual Periok dalam parlimen Rantau Panjang, dan Dun Chetok dalam parlimen Tanah Merah.

Disco rimba ialah majlis tari menari ala dico dan ronggeng atau joget lambak. Ia diadakan di kawasan-kawasan terpencil dan sunyi di kawasan disebutkan tadi ataupun di laman rumah yang jauh dengan orang ramai. Kegiatan ini digerakkan oleh sebuah kumpalan yang namanya seolah-olah mencerminkan sebuah badan kesenian tradisi Kelantan.

Budaya ala-ala hipis kampuag ini katanya sudah lama berjalan. Sejak lebih dua tahun lalu. Mereka yang menjadi pelanggangya ialah golongan veteran, dan remaja yang suka berpeleseran dan dahagakan hiburan jahiliah. Tetapi apa yang mengejutkan kanak-kanak juga turut sama dilihat dalam majlis berkenaan. Apakah mereka dibawa ataupun dijadikan umpan?

Beberapa keping gambar yang dipaparkan ini menjelaskan akan keliaran dan kejahlian serta penglibatan kanak-kanak dalam majalis berkenaan.

Untuk menganjurkan disco rimba ini ia tidak memerlukan perkakas IT yang moden dan canggih. Ia cukup sebuah kaset dan pembesar suara. Peralatan lain ialah dua buah lampu kalimatan digantung ditiang kayu. Pengelolanya akan menyediakan wanita untuk dijadikan pasangan menari dan berjoget dengan bayaran seringgit dua. Mana-mana pelanggang atau pengujung yang ada pasangan boleh membawa pasangan masing-masing.


Waktu operasinya ialah menjelang tengah malam dan hingga ke dini hari. Untuk mengadakan kegiatan ianya dibuka kepada sponsor dengan dikenakan bayaran RM500 untuk satu malam. Orang tertentu termasuk yang dikatakan mempunyai kuasa politik dikatakan turut menjadi sponsor kepada kegiatan ini.

Tidak dapat dipastikan apakah kegiatan disco rimba ini ada dalam pengetahuan wakil rakyat atau pun tidak.


Sekiranya ia diketahui wakil rakyat dan mereka mendiamkan saja, betapa keji dan menyesalkan. Sekiranya mereka belum mengetahuinya dengan pendedahan ini bolehlah wakil rakyat, penghulu, penyelia mukim, ataupun mana-mana pihak membuat intipan untuk membenteras kegiatan ini.


Kerajaan Kelantan juga jangan berlengah-lengah lagi untuk mengambil tindakan bagi membenteras kegiatan ini. Dengan membiarkannya lebih lama, membolehkan ia berkembangbiak ke daerah -daerah lain pula dan akan timbul persepsi orang ramai yang kegiatan berkenaan dibenarkan kerajaan negeri.


Sekiranya majlis agama, polis ataupun Ngo-Ngo anti maksiat takut untuk mencegahnya saya cadangkan supaya pihak Istana Kelantan sendiri menggambil tindakan mengenai kegiatan ini.

Apa lagi Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sekarang ini begitu mengambil berat kepada hak-hal keakhiratan, maka wajarlah kalau Tuanku turut bertitah menasihat supaya kegiatan ini dihentikan ataupun kerajaan Kelantan dapat menyediakan satu mekanisme bagaimana untuk menjadikan kegiatan haram dan maksiat seperti disco rimba itu ditukar kepada kegiatan halal dan diredhai Allah. Apa yang penting semua pihak kena menyedari bahawa hiburan adalah fitrah bagi mahluk yang hidup! http://msomelayu.blogspot.com/


Saturday, May 1, 2010

Pesta jilat, lekat

Oleh NAZARALI SAERIL dan FIRDAUS SAHAT
metahad@hmetro.com.my
2010/05/02
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

Parti lesbian berleluasa


GOLONGAN lesbian menganjurkan parti liar di sebuah premis hiburan di Jalan Munsyi Abdullah, Kuala Lumpur kelmarin


KUALA LUMPUR - Menari sambil menjilat tubuh pasangan masing-masing!

Itu antara aksi panas pengunjung sebuah pusat hiburan yang majoritinya golongan lesbian dan pengkid di Jalan Munshi Abdullah di sini malam tadi.

Selepas mendapat maklumat, wartawan Kosmo! Ahad yang menyamar sebagai pengunjung di pusat hiburan itu mendapati aksi itu sebahagian daripada pakej parti liar yang diadakan khas buat pengunjung kelab tersebut pada malam minggu.

Bermula kira-kira pukul 9 malam, kelibat lebih 100 orang yang rata-ratanya terdiri golongan songsang tersebut dapat dilihat membanjiri premis berkenaan.

Jilat dan lekat. Itulah permainan yang disediakan penganjur untuk pengkid dan lesbian yang menghadiri satu pesta khusus untuk golongan itu di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi semalam.

Wartawan Metro Ahad menghadiri pesta berkenaan selepas mendapat aduan orang ramai dan mendapati promosi mengenainya turut dibuat secara terbuka menggunakan laman sosial facebook di Internet.


Pesta terbabit bermula kira-kira jam 11 malam kelmarin dan acara kemuncaknya ialah permainan jilat dan lekat yang bermula kira-kira jam 1 pagi.


Bagaimanapun, usaha wartawan untuk merakam gambar aksi lucah golongan pengkid dan lesbian terbabit sukar kerana penganjur mengambil langkah berhati-hati dengan mengarahkan lampu disuramkan hingga hampir gelap.


Apabila masa ditetapkan tamat, satu pasangan diisytiharkan pemenang dan selepas itu semua pengunjung mula berpesta kembali dengan pasangan masing-masing.

Sebelum permainan berlangsung, banyak juga adegan menjijikkan dapat disaksikan di dalam pusat hiburan terbabit membabitkan pengkid serta pasangan mereka.


Ada yang mengambil kesempatan untuk bercumbu, malah mengusap mana-mana bahagian tubuh pasangan tanpa menghiraukan orang sekeliling. Dalam masa sama orang sekeliling juga seolah-olah tidak kisah, malah ada yang bertukar-tukar pasangan.


Jika dilihat daripada segi umur, sebahagian besar pengunjung berusia belasan hingga 20-an. Pengkid berpakaian lengkap dan penuh aksesori manakala pasangan masing-masing pula berpakaian seksi.


Sementara itu, mengulas penganjuran pesta songsang terbabit, Pensyarah Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Profesor Madya Dr Sapora Sipon, berkata berdasarkan sudut psikologi, golongan seperti itu mempunyai jumlah I/D besar untuk mencari keseronokan.


“I/D adalah elemen untuk mencari keseronokan. Setiap individu mempunyai I/D ‘Ego’ dan ‘Super Ego’. Oleh itu, apabila jumlah I/D terlalu banyak, ia berubah menjadi perkara negatif.


“Dalam konteks ini, seperti yang dilakukan golongan terbabit, mereka mencari I/D bagi memuaskan nafsu secara songsang dan sebagainya. Selain itu, mungkin ada juga simptom songsang dalam diri wanita berkenaan hingga mereka terbabit dalam gejala terbabit,” katanya.


Sapora mengatakan, bukan mudah untuk memperbetulkan kembali keadaan jika golongan terbabit terlalu lama terdedah dengan kegiatan itu.

“Yang perlu dilakukan ialah menguatkan asas kerohanian serta agama. Ia penting supaya mereka tidak terus terlanjur di dalam dunia songsang terbabit,” katanya.