| Aziz Muda |
| HULU SELANGOR, 20 April: Umno-BN didakwa telah mengambil langkah songsang dalam siri kempen mereka menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor dengan melakukan tindakan yang jelas melanggar peraturan pilihanraya, malam semalam.
Namun, langkah Umno-BN itu ternyata mengundang aib kepada mereka sendiri apabila ceramah mereka hanya didengari kurang 10 orang, berbanding ceramah yang diadakan Pakatan Rakyat yang berjaya menarik perhatian ratusan penduduk di kawasan itu. Ceramah yang diadakan pihak Pakatan Rakyat itu melibatkan beberapa penceramah termasuk Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari. Manakala ceramah dari pihak BN pula melibatkan penceramah dari Melaka. Di samping berceramah, mereka turut menyediakan makanan, tetapi tetap juga gagal menarik perhatian penduduk tempatan atau pengundi di kawasan itu. Sebelum itu, pihak polis telah mengingatkan parti-parti yang bertanding serta mereka yang terbabit dengan penganjuran ceramah serta kempen agar tidak mengadakan ceramah di tempat yang berdekatan antara satu sama lain, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Malah, ingatan itu juga turut disuarakan oleh pihak SPR. Ia juga dinyatakan turut digariskan dalam peraturan kempen pilihanraya, sejajar dengan amalan demokrasi. Namun, segala peraturan dan ingatan itu tidak juga dihiraukan oleh pihak Umno-BN. Mereka didakwa hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja tanpa memikirkan peraturan dan perasaan orang lain. |
Suatu kompilasi maklumat yang disediakan oleh SUARA MAJORITY RAKYAT MALAYSIA - - UNTUK LAIN-LAIN TAJUK SILA LIHAT -- VIEW MY COMPLETE PROFILE.
Friday, April 23, 2010
Umno cuba ganggu ceramah PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment