Friday, April 30, 2010

KICKDEFELLA sudah kena kick!



Bukan sesuatu yang mengejutkan


Abdullah Ahmad Badawi membaca akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan berita mengenai penulis blog Syed Azidi pada sidang akhbar di Institut Kemajuan Islam Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 29 April - Perbuatan mewujudkan persepsi sebagai perang saraf demi menunjukkan keburukan dan kelemahan kerajaan bukanlah suatu tindakan yang mengejutkan.

Malah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, ia merupakan antara strategi dan permainan politik yang diguna pakai oleh pihak pembangkang untuk dilemparkan kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN).

"Kalaulah betul, saya tidak terkejut dan saya tidak hairan kalau perkara ini berlaku. Itulah permainan politik," katanya.


Semalam, seorang penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendakwa diarahkan oleh pemimpin Pas untuk menulis blog bagi mewujudkan persepsi buruk pentadbiran Abdullah dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.

Beliau yang juga dikenali sebagai Kickdefella mengakui menerima peruntukan sejumlah RM4 juta dalam tempoh tiga tahun untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuk pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dan lain-lain bertujuan menggerakkan satu operasi Gerak Saraf.



KOTA BHARU 29 April -
pendedahan seorang penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia hari ini menyatakan ada pihak tertentu menyalurkan dana lebih RM4 juta untuk melakukan Operasi Gerak Saraf bagi tujuan melemahkan kepimpinan negara dan memastikan Pas terus memerintah di negeri ini.

PAS cabar Kickdefella dedah siapa bayar RM4 juta
Jimadie Shah Othman
Apr 29, 10
3:56pm
Dewan Pemuda PAS Kelantan mencabar penulis blog Kickdefella, Syed Azizi Syed Abdul Aziz, mendedahkan siapa yang didakwanya membayar RM4 juta kepadanya untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan.


“Bila dia (Syed Azidi) sebut terima RM4 juta, maka menjadi tanggungjawab dialah untuk mendedahkannnya. Ia daripada tulisannya. Kalau betul (dakwaannya), dedahkanlah,” cabar ketua penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari.


Selepas dipecat daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) November tahun lalu, Syed Azidi menjadi tumpuan kerana kerap mendedahkan berlakunya pelbagai 'dakwaan kepincangan' kerajaan pimpinan PAS itu.

Ahmad Fadhli berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai dakwaan Syed Azidi itu dalam blognya semalam. “Kami Pemuda PAS negeri tidak tahu menahu. Jadi kita akan membincangkan perkara ini dalam mesyuarat Dewan Pemuda yang akan datang.


Ahmad Fadhli yang dilantik sebagai setiausaha akhbar Nik Aziz sejak Februari lalu, diminta mengulas dakwaan Syed Azidi bahawa beliau (Syed Azidi) menerima peruntukan tersebut dalam tempoh tiga tahun bagi pelbagai aktiviti “Operasi Gerak Saraf”.

Menulis dalam blognya semalam, beliau yang juga digelar “Sheikh” di kalangan penulis blog, dilaporkan merujuk kepada kenyataan Ahmad Fadhli dan tulisan seorang lagi penulis blog – Abdul Rahman Talib (Tulang Besi) - yang didakwa menyifatkannya (Syed Azidi) sebagai 'seorang yang kecewa dan membuat pelbagai pembohongan'.


SYED Azidi Syed Abdul Aziz

Kickdefella…nama besar dalam alam blogger. Mungkin jasmaninya juga besar sebesar namanya Kickdefella.


Kickdefella mendakwa menerima upah dari PAS atau pembangkang untuk memburukkan-burukkan UMNO. Ertinya dia menerima upah untuk menipu. Dan dia telah melakukannya dengan baik jika benar dakwaannya itu.

Apabila dia mengatakan dia memburuk-burukkan UMNO hanya penipuan kerana menerima upah dari PAS atau pembangkang, tidak mustahil dia juga menerima upah dari UMNO untuk memburuk-burukkan PAS. Ini adalah kerana orang yang biasa menipu amatlah sukar untuk membuang sifat penipunya, membuang sifat suka menipu itu.


Kesiannya UMNO ini, mempercayai penipu. UMNO tertipu oleh sipenipu. Yelah, dia telah pun mengaku menerima upah untuk menipu memburuk-burukkan UMNO Maka ternyatalah dia seorang penipu. Takkanlah UMno pula terpedaya dan tertipu oleh si penipu yang menipu UMNO dengan mengatakan PAS atau pembangkang mengupahnya. Ataupun mungkin UMNO ni memang tong najis, yang disediakan untuk si penipu beranak pinak dan berkembang biak didalamnya.


Penulis tidak tahu mengapa dia mendakwa PAS atau pembangkang mengupahnya. Apakah pembangkang mempunyai begitu banyak duit untuk mengupahnya? Apakah PAS begitu bodoh untuk mengupahnya, sedangkan rakyat disana-sini pada masa iti moodnya membenci Paklah yang malas bekerja itu, yang boleh diperkotakkatikkan oleh menteri-menterinya? Lagipun, berapa oranglah yang membaca blog dia tu. Saya takpun tak pernah dengar namnya sebelum kes beliau dipecat oleh menantu Nik Aziz tu. Kalau tidak sampai sekarang pun orang ramai tak kenal namanya, nama Kickdefella tu!


Kesiannya UMNO ini, mempercayai penipu. Dulu, UMNO dah pernah tertipu. Iaitu Timbalan Gebenor Bank Negara yang dahulu, mendakwa Anwar Ibrahim mempunyai simpanan wang di luar negara, tetapi hingga sekarang ni pun masih gagal membuktikannya. Jadi nyatalah UMNO ni adalah tong najis, yang disediakan untuk si penipu beranak pinak dan berkembang biak didalamnya.


Dan satu lagi mengikut maklumat yang saya terima, mengatakan yang Kickdefella sekarang ni bekerja dengan media prima dengan gaji RM20,000.00 sebulan. jadi apa yang dilakukannya sekarang ini adalah bekerja atas suruhan bosnya. Maka pekerjaan utamanya ialah menipu atau membuat pembohongan agar pihak lawannya kelihatan bersalah.


Beliau lupa yang dahulunya beliau bekerja dengan GMC dan tawaran untuknya bekerja disitu pastilah dalam bentuk hitam putih. Tunjukkanlah mana-mana bahagian dalam sutay tawaran itu yang menyebut beliau perlu menjalankan usaha-usaha menjatuhkan PakLah. Jadi tunjukkanlah bukti itu sebagai bukti prima facie yang tidak dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Jika tidak, maka apa yang dinyatakan olehnya hanyalah semata-mata pembohongan. Sebabnya sesiapa pun boleh membuat dakwaan itu kerana pembohongan bukannya susah. Yang susahnya ialah untuk menunjukkan buktinya!

Jika Syed Azidi benar, buktikanlah!


Dakwaan Syed Azidi: Pas serah kepada SPRM

KOTA BHARU 3 Mei - Pas Kelantan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kebenaran dakwaan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz berhubung peruntukan lebih RM4 juta bagi menjalankan operasi gerak saraf memburukkan Kerajaan Pusat.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pimpinan parti tidak bercadang membincangkan isu itu kerana ia tidak lebih daripada satu dakwaan semata-mata.

''Dakwaan tersebut belum diketahui betul atau sebaliknya walaupun penulis blog terbabit telah pun mendedahkan siapa individu yang terlibat kerana Pas memberi ruang kepada SPRM menjalankan siasatan.

''Biarlah proses perundangan yang adil dan telus dijalankan kerana seseorang itu tidak dituduh bersalah sebelum dibuktikan kesalahannya," katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Amar, parti tidak pernah membincangkan operasi perang saraf yang dimaksudkan oleh penulis blog berkaitan.

''Memang benar, kita mahu parti menang tetapi tidak betul kita guna cara yang dimaksudkan oleh penulis blog itu kerana parti berpegang pada dasar agama Islam dan undang-undang kerana kita mahukan kemenangan yang bersih.




PAS Tidak Terlibat Dengan GMC

KUALA LUMPUR 4 Mei - PAS hari ini menafikan mempunyai apa-apa kaitan dengan dakwaan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz berhubung pendedahan beliau berkaitan dana RM4 juta yang dialurkan melalui syarikat perunding media, Global Media Channel Sdn Bhd (GMC) untuk menggulingkan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata menjatuhkan seseorang individu bukan menjadi dasar parti itu.

"Ini bukan agenda PAS. Kita tidak hendak jatuhkan Pak Lah atau Najib sebagai individu. Perjuangan kita bukanlah hendak menjatuhkan seseorang itu secra individu. Tetapi perjuangan kita ialah menentang dasar-dasar yang bertentangan dengan kesejahteran rakyat.


Kalau ditanya adakah kita hendak jatuhkan kerajaan, jawapannya ya kerana itu sememangnya tanggungjawab parti politik untuk mengalahkan lawannya. sama juga tindakan Barisan Nasional hendak jatuhkan Pakatan Rakyat," kata Mustafa pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini tengahari tadi.


Mustafa menambah beliau tidak tahu menahu mengenai GMC sehinggalah Syed Azidi mendedahkan mengenainya baru-baru ini.


"Saya tak tahu apa-apa mengenai GMC dan sepanjang pengetahuan saya PAS tidak terlibat. Saya juga mendapat pengesahan daripada PAS Kelantan bahawa mereka tidak memberi wang sebanyak RM4 juta.


Mustafa menyifatkan Syed Azidi sebagai 'tentera upahan politik yang sanggup melakukan seperti yang diarahkan oleh tuannya.

"Syed Aziz tidak mempunyai integriti. Dia sendiri mengaku apa yang dia lakukan itu salah tapi dia tetapkan teruskan kerja dia buatlah," tambah beliau.


Friday, April 23, 2010

Umno cuba ganggu ceramah PKR
Aziz Muda

HULU SELANGOR, 20 April: Umno-BN didakwa telah mengambil langkah songsang dalam siri kempen mereka menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor dengan melakukan tindakan yang jelas melanggar peraturan pilihanraya, malam semalam.

Kesalahan tersebut dapat dikesan dilakukan di kawasan Bukit Sentosa, apabila pihak Umno-BN mengadakan ceramah di tempat yang amat dekat iaitu sekitar 50 meter sahaja dengan kawasan ceramah Pakatan Rakyat yang telah mengatur siri ceramahnya terlebih dahulu dari pihak BN di kawasan itu.



Ceramah yang diadakan oleh pihak Pakatan Rakyat itu sememangnya telah menepati peraturan yang ditetapkan. Lebih jauh dari itu, ceramah itu pula diadakan di kawasan premis mereka sendiri iaitu di persekitaran Pejabat PAS Bukit Sentosa 2.

Menyedari Pakatan Rakyat akan mengadakan ceramah di tempat itu malam semalam, Umno terus mengambil langkah drastik dengan turut mengadakan ceramah di tempat yang sama dan didakwa bagi mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.


Namun, langkah Umno-BN itu ternyata mengundang aib kepada mereka sendiri apabila ceramah mereka hanya didengari kurang 10 orang, berbanding ceramah yang diadakan Pakatan Rakyat yang berjaya menarik perhatian ratusan penduduk di kawasan itu.


Ceramah yang diadakan pihak Pakatan Rakyat itu melibatkan beberapa penceramah termasuk Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.


Manakala ceramah dari pihak BN pula melibatkan penceramah dari Melaka. Di samping berceramah, mereka turut menyediakan makanan, tetapi tetap juga gagal menarik perhatian penduduk tempatan atau pengundi di kawasan itu.


Sebelum itu, pihak polis telah mengingatkan parti-parti yang bertanding serta mereka yang terbabit dengan penganjuran ceramah serta kempen agar tidak mengadakan ceramah di tempat yang berdekatan antara satu sama lain, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.


Malah, ingatan itu juga turut disuarakan oleh pihak SPR. Ia juga dinyatakan turut digariskan dalam peraturan kempen pilihanraya, sejajar dengan amalan demokrasi.

Namun, segala peraturan dan ingatan itu tidak juga dihiraukan oleh pihak Umno-BN. Mereka didakwa hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja tanpa memikirkan peraturan dan perasaan orang lain.


Thursday, April 1, 2010

MALU, MALU, SUNGGUH MEMALUKAN – GELAGAT AHLI POLITIK MELAYU SUNGGUH MENGECEWAKAN!

MALU, MALU, SUNGGUH MEMALUKAN – GELAGAT AHLI POLITIK MELAYU

Kritikan Nik Abdul Aziz terhadap Zahrain, sesuatu yang perlu kita hargai ialah apabila kenyataannya mengenai ahli politik Melayu yang tidak berakhlak kerana sanggup membuka rahsia parti yang pernah disertainya.

Kata Menteri Besar Kelantan itu: ‘‘Orang MCA, MIC berpecah pun tidak membuka rahsia parti mereka tetapi orang Melayu bila berpolitik tidak ada integriti langsung. Kita suka dan berasa bangga dapat buka rahsia, namanya lagi rahsia kenapa kita buka? Tak ingat dosa pahalakah?''.




AHLI POLITIK TIDAK TAKUT ALLAH, TABUR FITNAH

Oleh - Norjimi Azmi Latif Sinar harian Rencana 29/3/2010

Pelik bin ajaib, itulah simpulan yang boleh dilemparkan pada ahli-ahli politik di negara kita yang saban hari menampakkan sifat kebudak-budakan.

Mereka bukan sahaja mempermainkan emosi kita dengan isu mahkamah, kononnya biarlah rakyat menentukan Kerajaan Negeri, bukannya mahkamah sedangkan mereka yang beria-ria melantik peguam berlawan di mahkamah.

Tidak terhenti di situ, isu tarik menarik dan lompat-melompat ahli politik dalam Dewan Undangan Negeri membuktikan mereka benar-benar gila kuasa. Boleh dikatakan politik busuk-membusukkan sehingga kini tohmahan dan fitnah dilemparkan sesuka hati untuk musuh mereka.



'HORMATILAH DIRI ANDA SEKIRANYA ANDA INGIN DIHORMATI APATAH LAGI DENGAN GELARAN YANG BERHORMAT"

Ingatlah diluar sana seluruh rakyat Malaysia memerhatikan gelagat anda sebagai Ahli Parlimen. jadi janganlah gunakan parlimen untuk mencaci, menghina, memfitnah atau memburuk-burukkan seseorang ahli parlimen yang lain. Hal-hal peribadi hendaklah dicakapkan diluar parlimen.

Gunakanlah parlimen semata-mata untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan ekonomi dan kepentingan rakyat tanpa perlu memburukkan hal-hal peribadi. malulah dengan rakyat yang memilih anda sebagai ahli parlimen.


Suara Majority Rakyat Malaysia


Integriti Dewan Rakyat semakin teruji, tercabar
Oleh Jamhariah Jaafar
jamhariah@bharian.com.my
2010/04/09

Ahli Parlimen buat kecoh gagal bezakan gelanggang politik, bahas kebajikan rakyat

SEMAKIN sukar untuk meletak di mana integriti Dewan Rakyat apabila majoriti wakil rakyat kelihatan semakin gemar menggunakan gelanggang tertinggi untuk menjaga hal ehwal kebajikan dan pembangunan rakyat itu, untuk bertelagah mengenai kepentingan parti politik, individu tertentu, malah diri sendiri.


Sejak Parlimen bersidang bulan lalu, sesi perbahasan semakin kurang ditumpukan kepada isu pengisian untuk kemajuan negara dan rakyat. Wakil rakyat, terutama pembangkang menggunakan dewan yang mulia itu untuk menghentam apa saja yang dilakukan kerajaan sehingga membuatkan perkara paling remeh boleh mencetus huru-hara, sekali gus memakan masa berjam-jam.

“Amat mengaibkan. Saya sendiri tidak tahu apa lagi yang boleh dikatakan mengenai wakil rakyat yang lebih suka bertengkar mengenai perkara remeh temeh, yang kebanyakannya langsung tidak menyentuh hal ehwal kepentingan rakyat.” kata seorang Ahli Parlimen.

Sudah tiba masanya untuk rakyat menilai prestasi wakil rakyat masing-masing, sama ada kerja yang sudah dijalankan di kawasan masing-masing, atau tugas mereka di Dewan Rakyat. Setakat ini belum ada lagi sesiapa membuat penilaian indeks prestasi wakil rakyat

Amat mengaibkan apabila melihat pelajar dan rakyat marhaen yang berada di dalam Dewan Rakyat memerhatikan perangai tidak senonoh Ahli Parlimen, yang bertelingkah mengenai soal yang amat remeh.

suara majoriti rakyat MALAYSIA


HULU SELANGOR 15 April - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini


Sebelum ini empat ADUN PKR juga sudah melakukan tindakan yang sama. Mereka ialah Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Mohd.Radzhi Salleh (Lunas) dan Badrol Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang).

Ahli Parlimen PKR yang berbuat demikian pula ialah Datuk Mohamed Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) manakala Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) dipecat daripada parti tersebut.